Monday 21 September 2020

Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU MFDN 

 

 Gambar semasa perasmian pertandingan antara Jabatan di Politeknik Merlimau Melaka


PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di asia tenggara berkoordinat 4.2105° N, 101.9758° E

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Antara kaum yang terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Semua kaum memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk masyarakat yang majmuk. Serba sedikit sejarah bagaimana kaum cina dan india datang ke tanah melayu. Sebelum tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Pada abad ke -19,Hanya sebilangan kecil orang Cina dan sebilangan kecil orang India datang untuk bekerja di Tanah Melayu. Akibat darapida dasar kolonial British yang membawa masuk kaum tersebut secara beramai-ramai ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor ekonomi dan tapak perlombongan. Ia menjadikan pembentukan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Pembentukan masyarakat pada masa itu berjaya menumbangkan British daripada terus menjajah Tanah Melayu.



KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Kewujudan kepelbagaian etnik yang harmoni di negara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan dikagumi oleh negara-negara luar. Ini telah menimbulkan persoalan apakah kesan-kesan yang di hadapi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi untuk mengimbangi rakyat Malaysia yang berbagai etnik ini adalah dari segi ekonomi, politik dan social.

 


                    Dari segi ekonomi sejak zaman penajajahan British lagi ekonomi Tanah Melayu didominasi oleh etnik Cina. Ini dapat dilihat di mana etnik ini lebih maju dan tinggal di bandar berbanding etnik Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman. Sehingga hari ini boleh di lihat di mana ekonomi Malaysia dipelopori oleh etnik Cina. Sebagai contoh negeri-negeri yang maju dari segi ekonominya seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati dari etnik lain, kerajaan telah menubuhkan agensi-agensi seperti PERNAS dan MARA bagi membantu etnik Melayu dari segi pinjaman, lesen dan kontrak pekerjaan.

 


                      Dari segi politik pula, pada asalnya telah wujud pelbagai parti politik dari kaum masing-masing bagi memperjuangkan nasib atau masa depan kaum masing-masing. Bagi etnik Melayu menyokong Parti UMNO atau PAS, etnik Cina MCA manakala etnik India menyokong parti MIC. Sungguhpun begitu parti-parti ini telah bergabung kecuali parti PAS menjadi parti PERIKATAN yang bernaung di bawah kata frasa Barisan Nasional. Walaupun terdapat pelbagai rancangan bagi memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik dengan semangat patriotisma dan kematangan etnik-etnik ini rancangan-rancangan ini menemui jalan buntu. Ini adalah bukti bahawa penyatuan ketiga-tiga parti utama ini memberi kesan yang positif.

 


                        Dalam aspek sosial pula pertemuan atau perhubungan antara etnik sangat terhad dan hanya berlaku sewaktu aktiviti jual beli. Ini menyebabkan sikap perkauman semakin menebal dan perpaduan tidak dicapai. Pada tahun 1971, kerajaan memperkenalkan konsep kebudayaan nasional bagi memupuk masyarakat pelbagai etnik menerima dan saling menghormati antara satu sama lain. Kebudayaan Melayu menjadi asas bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan etnik-etnik lain. Di samping itu, kerajaan juga mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan KEMAS untuk meningkatkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik ini.

 

Kesimpulannya bukan mudah untuk menyatukan dan menyesuaikan kaum yang pelbagai dalam sesebuah negara. Pelbagai konflik antara kaum yang timbul harus ditangani dengan bijak dan sesuai untuk semua kaum. Dengan itu Malaysia dilihat sebagai salah sebuah negara yang berjaya menyatupadukan seluruh rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.

 

IMPLIKASI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 

 


    Dalam usaha memperkukuhkan lagi kesinambungan kaum-kaum di Malaysia supaya menjadi masyarakat yang bersatupadu demi memajukan negara ini.Kita sewajarnya menghormati semua orang yang berlainan kaum,bangsa dan agama sama rata bagi membentuk masyarakat yang mantap dari segenap sudut.Namun begitu,harus diingatkan bahawa nilai-nilai itu semakin pudar dan luntur dari dada- dada kita semua terutamanya generasi muda .Sekiranya kita imbas kembali di zaman otak nenek moyang kita  bagaimana mereka yakni setiap kaum bersatu dan bersungguh- sungguh mendapatkan kemerdekaan untuk kita semua bebas daripada penjajah kelak.Inilah senario yang harus ditelan bahawa orang-orang sekarang semakin hilang moral dan akhlaknya.Persoalannya,apakah implikasi yang menyebabkan mereka ini menjadi sedemikian ?  



                   Pertama,dari segi politik, kurang persefahaman dek kerana mungkin idea-idea ditentang.Seperti contoh di parlimen,disini apa yang boleh kita lihat segelintir daripada mereka tidak kira kaum apa sahaja bergaduh mulut sehinggakan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat hanya disebabkan berbeza pendapat.Di sini saya ingin tegaskan bahawa perkara ini boleh dibawa bincang dan tidak usahlah berbalah kerana ianya tidak bagus.Seorang pemimpin haruslah menunjukkan perilaku yang baik dihadapan umum bak kata pepatah serumpun bak serai,sesusun bak sirih.



             Seterusnya,dari segi ekonomi,tidak bekerjasama dalam satu organisasi.Sebagai contoh,dalam tempat kerja,kebanyakkan majikan adalah orang cina dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu dan India.Jadi,sekiranya mereka malas bekerja maka si pekerja akan dimarahi dan menyebabkan timbul satu persepsi buruk seperti melayu malas.Oleh itu,tidak kiralah kaum apa sekalipun kita haruslah rajin untuk berjaya


              Akhir sekali,dari segi sosial,berbeza dari segi gaya hidup,bahasa,kepercayaan,budaya dan sebagainya.Inilah perkara yang harus ditekankan kerana setiap kaum harus cuba memahami aspek-aspek tersebut supaya tidak berlaku salah faham.Manakan tidak kaum melayu bergaul sesama mereka begitu juga dengan kaum india dan cina oleh kerana mungkin mereka takut untuk bergaul satu sama lain disebabkan terdapat fahaman yang mengelirukan.Oleh itu,semua kaum haruslah berbaik antara satu sama lain walaupun jurang perbezaan itu sangat besar.

              Konklusinya,kita semua mestilah bersatupadu walaupun terdapat kelainan dari segi bahasa,budaya,gaya hidup dan agama supaya negara ini dapat memacu ke menara gading.Ketepikan sifat-sifat negatif seperti ego yang boleh menyebabkan berlaku pergaduhan dan saling benci-membenci. Dipetik dari Hadis Riwayat Bukhari,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang berbunyi "Tidak beriman (sempurna iman)seseorang daripada kamu  sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri".







TERIMA KASIH.

WE LOVE MALAYSIA


Nama Pensyarah: MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


Nama Ahli Kumpulan:

1) MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD RAIS (14DAT20F1016)

2) DINESH A/L VIRAMANI (14DAT20F1001)

3) MUHAMMAD ZALMAZRAN BIN ZAHRI (14DAT20F1063)

4) KHAIRUL NAJWAN BIN KAMARUZAMAN (14DAT20F1061)

 



Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia

  SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU MFDN     Gambar semasa perasmian pertandingan antara Jabatan di Politeknik Merlimau Melaka PENGENALAN Malay...