SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU MFDN
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di asia
tenggara berkoordinat 4.2105° N, 101.9758° E
Malaysia pada hari ini didiami oleh
pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Antara kaum yang
terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Semua kaum memainkan
peranan yang amat penting untuk membentuk masyarakat yang majmuk. Serba sedikit
sejarah bagaimana kaum cina dan india datang ke tanah melayu. Sebelum tahun
1848, majoriti
penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Pada abad ke -19,Hanya sebilangan
kecil orang Cina dan sebilangan kecil orang India datang untuk bekerja di Tanah
Melayu. Akibat darapida dasar kolonial British yang membawa masuk kaum tersebut
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor ekonomi dan tapak
perlombongan. Ia menjadikan pembentukan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika
itu. Pembentukan masyarakat pada masa itu berjaya menumbangkan British daripada
terus menjajah Tanah Melayu.
KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA
Kewujudan kepelbagaian
etnik yang harmoni di negara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang
unik dan dikagumi oleh negara-negara luar. Ini telah menimbulkan persoalan
apakah kesan-kesan yang di hadapi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Antara cabaran yang dihadapi untuk mengimbangi rakyat Malaysia yang berbagai
etnik ini adalah dari segi ekonomi, politik dan social.
Dari segi ekonomi sejak zaman penajajahan British lagi ekonomi Tanah Melayu
didominasi oleh etnik Cina. Ini dapat dilihat di mana etnik ini lebih maju dan
tinggal di bandar berbanding etnik Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman.
Sehingga hari ini boleh di lihat di mana ekonomi Malaysia dipelopori oleh etnik
Cina. Sebagai contoh negeri-negeri yang maju dari segi ekonominya seperti
Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati
dari etnik lain, kerajaan telah menubuhkan agensi-agensi seperti PERNAS dan
MARA bagi membantu etnik Melayu dari segi pinjaman, lesen dan kontrak
pekerjaan.
Dari segi politik pula, pada asalnya telah wujud pelbagai parti politik dari
kaum masing-masing bagi memperjuangkan nasib atau masa depan kaum
masing-masing. Bagi etnik Melayu menyokong Parti UMNO atau PAS, etnik Cina MCA
manakala etnik India menyokong parti MIC. Sungguhpun begitu parti-parti ini
telah bergabung kecuali parti PAS menjadi parti PERIKATAN yang bernaung di
bawah kata frasa Barisan Nasional. Walaupun terdapat pelbagai rancangan bagi
memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik dengan semangat
patriotisma dan kematangan etnik-etnik ini rancangan-rancangan ini menemui
jalan buntu. Ini adalah bukti bahawa penyatuan ketiga-tiga parti utama ini
memberi kesan yang positif.
Dalam aspek sosial pula pertemuan atau perhubungan antara etnik sangat terhad
dan hanya berlaku sewaktu aktiviti jual beli. Ini menyebabkan sikap perkauman
semakin menebal dan perpaduan tidak dicapai. Pada tahun 1971, kerajaan
memperkenalkan konsep kebudayaan nasional bagi memupuk masyarakat pelbagai
etnik menerima dan saling menghormati antara satu sama lain. Kebudayaan Melayu menjadi
asas bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan etnik-etnik lain. Di samping
itu, kerajaan juga mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan KEMAS untuk
meningkatkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik ini.
Kesimpulannya bukan
mudah untuk menyatukan dan menyesuaikan kaum yang pelbagai dalam sesebuah
negara. Pelbagai konflik antara kaum yang timbul harus ditangani dengan bijak
dan sesuai untuk semua kaum. Dengan itu Malaysia dilihat sebagai salah sebuah
negara yang berjaya menyatupadukan seluruh rakyatnya yang terdiri dari
berbilang kaum dan agama.
IMPLIKASI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Dalam
usaha memperkukuhkan lagi kesinambungan kaum-kaum di Malaysia supaya menjadi
masyarakat yang bersatupadu demi memajukan negara ini.Kita sewajarnya
menghormati semua orang yang berlainan kaum,bangsa dan agama sama rata bagi
membentuk masyarakat yang mantap dari segenap sudut.Namun begitu,harus
diingatkan bahawa nilai-nilai itu semakin pudar dan luntur dari dada- dada kita
semua terutamanya generasi muda .Sekiranya kita imbas kembali di zaman otak
nenek moyang kita bagaimana mereka yakni setiap kaum bersatu dan
bersungguh- sungguh mendapatkan kemerdekaan untuk kita semua bebas daripada
penjajah kelak.Inilah senario yang harus ditelan bahawa orang-orang sekarang
semakin hilang moral dan akhlaknya.Persoalannya,apakah implikasi yang
menyebabkan mereka ini menjadi sedemikian ?
Pertama,dari segi politik, kurang persefahaman dek
kerana mungkin idea-idea ditentang.Seperti contoh di parlimen,disini apa yang
boleh kita lihat segelintir daripada mereka tidak kira kaum apa sahaja bergaduh
mulut sehinggakan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat hanya disebabkan
berbeza pendapat.Di sini saya ingin tegaskan bahawa perkara ini boleh dibawa
bincang dan tidak usahlah berbalah kerana ianya tidak bagus.Seorang pemimpin
haruslah menunjukkan perilaku yang baik dihadapan umum bak kata pepatah
serumpun bak serai,sesusun bak sirih.
Seterusnya,dari segi ekonomi,tidak bekerjasama dalam
satu organisasi.Sebagai contoh,dalam tempat kerja,kebanyakkan majikan adalah
orang cina dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu dan
India.Jadi,sekiranya mereka malas bekerja maka si pekerja akan dimarahi dan
menyebabkan timbul satu persepsi buruk seperti melayu malas.Oleh itu,tidak
kiralah kaum apa sekalipun kita haruslah rajin untuk berjaya
Akhir sekali,dari segi sosial,berbeza dari segi
gaya hidup,bahasa,kepercayaan,budaya dan sebagainya.Inilah perkara yang harus
ditekankan kerana setiap kaum harus cuba memahami aspek-aspek tersebut supaya
tidak berlaku salah faham.Manakan tidak kaum melayu bergaul sesama mereka
begitu juga dengan kaum india dan cina oleh kerana mungkin mereka takut untuk
bergaul satu sama lain disebabkan terdapat fahaman yang mengelirukan.Oleh
itu,semua kaum haruslah berbaik antara satu sama lain walaupun jurang perbezaan
itu sangat besar.
Konklusinya,kita semua mestilah bersatupadu
walaupun terdapat kelainan dari segi bahasa,budaya,gaya hidup dan agama supaya
negara ini dapat memacu ke menara gading.Ketepikan sifat-sifat negatif seperti
ego yang boleh menyebabkan berlaku pergaduhan dan saling benci-membenci.
Dipetik dari Hadis Riwayat Bukhari,Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang
berbunyi "Tidak beriman (sempurna iman)seseorang daripada kamu
sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya
sendiri".
.
TERIMA KASIH.
WE LOVE MALAYSIA
Nama Pensyarah: MOHD FAIZAL BIN MAT PESA
Nama Ahli Kumpulan:
1) MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD RAIS (14DAT20F1016)
2) DINESH A/L VIRAMANI (14DAT20F1001)
3) MUHAMMAD ZALMAZRAN BIN ZAHRI (14DAT20F1063)
4) KHAIRUL NAJWAN BIN KAMARUZAMAN (14DAT20F1061)
Good effort...The picture speaks Everything...Unity is the only uniqueness of Malaysia ❤️
ReplyDeleteFakta yang menarik...perpaduan dalam masyarakat amat penting Dan Perlu dititikberatkan oleh semua kaum...oleh itu,blog ini amat sesuai kepada semua masyarakat Malaysia...
ReplyDeleteMemang terbaik nii👍
ReplyDeleteFakta yang repay dan menarik
ReplyDeleteGambar menunjukkan perpaduan antara kaum lain²
The picture is highlight
ReplyDeleteGood effort🥰